Thursday 26 January 2012

Bougainvillea wall of FAME

mungkin nanti aku akan buat macam ni kat pagar rumah mak aku hehehehe

 BUNGA KERTAS ( BOUGAINVILLEA )

Tanaman Landskap yang paling popular sekali, ianya amat cantik dan menarik dengan pelbagai warna dan speciesnya. Kenalilah nama-nama bunga kertas. Asal nama Borgainvillea daripada seorang komandan laut berasal dari Perancis bernama Louis Antonio de Bougainvillea telah menjelajah seluruh dunia atas perintah Raja Louis XV. Antara tahun 1766 - 1769. 

Kali pertama beliau dan pasukannya melihat bunga kertas ialah dipantai Amereka Selatan, iaitu tempat asal bunga kertas. Botanis yang bersamanya menamakan pokok tersebut Bougainvillea selepas itu.Pada masa menjelajah ke pulau-pulau dilautan pasifik, komandan L.A Bougainvillea dan pemerhatiannya menjumpai penemuan-penemuan baru botani sebagai kenangan, Kepulauan Solomon yang terbesar dan dua buah selat diberi nama beliau tetapi tempat itu tidak berkaitan dengan nama asal bunga kertas.

Antara species Bunga Kertas:-
1. Mary Palmer
2. Sanderiana
3. MrsEva 
4. Singaporian Beuty
5. Spectabilis Harlequin
6. Rosa Catalina
7.Glabra Formosa. 
8. Glabra Magnifica. 
9. Glabra Cypheri. 
10. Lady Hudson
11. Mrs Butt. 
12. Chilly Red. 
13. Mrs McLean. 
14. Double Red. 
15. Douple Pink. 
16. B.X Buttiana. 
17. Louise Wathen. 
18. Golden Glow. 
19. Poultonii. 
20. Easter Parade. 
21. Elizabeth Angus. 
22.Hawaian Beuty