Tuesday 17 January 2012

Bougainvillea a.k.a bunga kertas



Pokok Bunga Kertas a.k.a bougainvillea mempunyai bunga yang berwarna-warni dan berkembang sepanjang tahun, maka ia telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Pokok bunga ini berasal dari Amerika Selatan, pokok bougainvillea sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas a.k.a bougainvillea berbunga, kebiasaannya kebanyakan daun akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

Pokok bunga kertas a.k.a bougainvillea mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu:
i. Bougainvillea glabra,
ii. Bougainvillea spectabilis
iii. Bougainvillea Mrs. Butt

Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas a.k.a bougainvillea juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

yellow bougainvillea

No comments:

Post a Comment