Wednesday, 18 January 2012

Cantuman Baji Bougainvillea a.k.a bunga Kertas


Pastikan teknik ni dilakukan pada waktu awal pagi ataupun lewat petang... jika tidak, pasti pokok akan terkejut nnt, dan kemungkinan besar teknik ni tidak akan berjaya... =)

1. Pangkas bahagian ranting yang akan di buat cantuman baji. Buang semua daun yang 
    ada berdekatan dengan ranting tadi.

2. Ranting induk akan dibelah dua dalam 3-4cm. ( ada pendapat kata x boleh kena air bahagian ni,tapi saya redah je)

3. Sediakan mata tunas dari pokok baugainvillea yang lain. pipihkan pangkal ranting tunas tadi, 
    Ini adalah kerana; ranting ni akan di selitkan di celah-celah belahan ranting induk tadi.

4. Sematkan tunas ini ke induk yang dibelah tadi.

5. Pastikan mata tunas tidak berganjak/bergerak daripada induk. stabil je bila kita lepas.

6. ikat guna pita teflon. (kalau saya, saya ikat je guna tali raffia yg di carik halus je)

7. sediakan plastik aiskrim mcm dalam gambar, saungkan ke bahagian yang kita buat cantuman baji tadi. ikat d bahagian pangkal ranting induk. Biarkan untuk tempoh beberapa hari, kalau ada kesan berwap ( ini maknanya ada proses fotosintesis) so cantuman baji anda berjaya. Biarkan cantuman ini begitu sahaja, sehingga mata tunas baru tumbuh....

8. Daun-daun baru dah tumbuh. maka boleh la kita cabut plastik aiskrim tadi.

9. beginila contoh hasil bunga Bougainvillea yg dah dicantumkan dengan tunas dari pokok yang lain dan menghasilkan pokok bougainvillea yang mempunyai pelbagai warna bunga...

Selamat mencuba... 


No comments:

Post a Comment